0 comments

LELAKI MERAJUK???


entri kali ini mengisahkan lelaki pun merajuk jugak..perempuan hati-hati yee.. :)

Diam Seribu Bahasa

Dia diam je sepanjang ada dengan kita. Walaupun kita bercakap dengannya, dia hanya mengiayakan atau dia anggukkan kepalanya saja. Dia sikit pun tak akan layan kita seperti sebelum ini. Jika benda ini berlaku, sah lah tu dia merajuk dengan kita.

Buat Tak Tahu
Dia akan buat tak tahu dengan kita. Jika kita minta tolong dengan dia seperti kemaskan meja ke, dia buat acuh tak acuh je. Paling teruk, dia buat-buat tak dengar (pekak betul-betul baru tau!). Ini cara protes yang paling teruk sebab dia bukan je buat kita geram tapi buat seolah-olah kita ni tak wujud.

Menolak Untuk Makan Bersama
Bila lelaki merajuk biasanya dia tak nak jumpa kita atau face to face dengan kita. Dia akan bagi alasan seperti “awak makan la dulu, saya kenyang lagi la..lagipun, saya dah makan dengan kawan saya tadi” (walhal perut lapar… nak uji dorang, kita dok je sila depan dorang, sambil makan… )

Masam Muka
Tindakan yang ni ialah tindakan yang paling kita geram. Dah lah tak nak cakap ngan kita dah tu nak tarik-tarik muka pulak. Tak puas hati la konon. Tapi adat la kalau orang dah merajuk. Perempuan pun lebih kurang je! (amik hanger, gantung kat muncung dia)

Baca Surat Khabar
Bab ni memang tabiat orang lelaki. Tapi kalau surat khabar tu dibaca banyak kali tanpa sebab maknanya jiwa dia tak tenteram & ada sesuatu yang mengganggu diri dia. Lagi-lagi pulak kalau tengah-tengah malam buta.

Menonton Televisyen Hingga Lewat Malam
Dia akan tengok TV tu sampai larut malam walaupun rancangan tu bukan rancangan kegemaran dia. Mata dia di TV tapi hatinya ke lain. Kita kena peka beb!

Keluar Rumah Tanpa Beritahu
Ada lelaki yang tak akan memberitahu mana dia nak pergi. Nak protes la tu kononnya. Kita jangan paksa dia untuk menjawab pertanyaan kita kerana confirm dia akan buat dek je!

Matikan Telefon Bimbit
Ha ni satu lagi tabiat lelaki. Dia tak suka diganggu bila perasaannya tengah marah. Untuk mengelakkan kita mengganggu dia, dia akan matikan telefon bimbit dia & bagi alasan bateri kong. Alasan dia satu je, dia tak mahu dengar suara kita takut perasan marahnya lagi kuat… Alaa, bila dah rindu call jugak last-lastnyer!

Hisap rokok
Macam tak pernah dapat rokok setahun… haha

p/s: setiap manusia ada perasaan..perempuan merajuk lelaki pun boleh merajuk jugak :D
gurauan semata-mata
PEACE YAWW

0 comments

KETAWA (fakta)


1. Tahukah anda ketawa 100 kali bersamaan 15 minit senam berbasikal. Ketawa dapat meningkatkan kadar jantung dan menggunakan banyak otot dimuka, perut dan diafragma.

2. Selain memulih mood kita, ketawa boleh mengurangkan stress, melawan jangkitan dan mengurangkan kesakitan.

3. Peringkat dua hormon-hormon tekanan, kortisol dan epinefrina yang mana menindas sistem imun badan, sebenarnya akan dijatuhkan selepas satu dos ketawa.

4. Ketawa menyebabkan perubahan positif dalam kimia otak dengan melepaskan endorphins , dan ia membawa lebih oksigen ke dalam badan dengan penarikan nafas lebih dalam.

5. Ketawa mengeluarkan kemarahan, ketakutan, kesalahan,kebimbangan dan ketegangan.

6. Ketawa menggalakkan tumpuan pada sikap yang baik daripada sikap yang buruk.

7. Antibodi yang paling kuat di badan kite dijumpai di badan apabila kita ketawa sepanjang masa.

sumber: nizarazu.com
PEACE YAWW..

0 comments

kata-kata tersirat ayat seorang perempuan




1) Kalau pompuan kata : oklah wak,kita sembang lain kali yek.
Maknanya : dah le tu…maleh dah nak sembang ngan ko..boring!

2) Kalau pompuan kata : tak pe,saya tak kisah..
Maknanya : sape kata aku tak kisah?

3) Kalau pompuan kata : kita kawan aje lah ekk..saya memang suka kat awak tapi saya suka sebagai kawan je
Maknanya :
aku memang tak nak kat ko..kalo cakap kang penyek plak muka tu..

4) Kalau pompuan kata : eh….u call ekk? i tak de receive call dari u pun…
Maknanya : memang no ko naik tapi saja aku malas nak jawab.

5) Kalau pompuan kata : lain kali je la kita keluar,i bz la sekarang ni…nanti i free i call u ,kay?
Maknanya : aku tak nak keluar ngan ko,tak reti2 bahasa lagi ke?



6) Kalau pompuan kata : i sebenarnya tak la memilih sangat.
Maknanya :sape kata aku tak memilih….please. .kalo nak makan pun harap aku belanja,boleh blah la…

7) Kalau pompuan kata :i tak kisah penampilan u macamana pun
Maknanya : ya Rabbi!selekehnya pak we aku…

8) Kalau pompuan kata : lain kali kita keluar lagi ekk?i kena balik balik cepat la…ada hal…
Maknanya : inilah first and last aku keluar ngan ko…

9) Kalau pompuan kata :saya suka lelaki yg mcm ni…mcm tu..bla…bla. ..bla…
Maknanya : excuse me!ciri2 tu tak de kat ko..so..paham2 sendiri la..

10) Kalau pompuan kata : u keje kat mana?as what?
Maknanya :kalo setakat keje ntah hapa2 tak payah le ngorat aku…




kepada kaum hawa entri ini hanya suka-suka :)

sekian terima kasih
PEACE YAWW..

0 comments

CINTA ITU INDAH


  • cinta itu indah dimata seseorang jika dia itu menghayati cinta..
  • entri ni bukan aku nak berjiwang tapi sudah lumrah seseorang pasti mengamati erti cinta..
  • jika seseorang benar-benar sayang dan cinta pada si gadis/jejaka semestinya dia sanggup menjaga sepenuhnya bagai menantang minyak yang penuh..
  • seseorang itu tidak tahu erti penat lelah demi si gadis/jejaka..mengambil hati sama erti dengan menjaga hati si gadis/jejaka..
  • ini merupakan salah satu bentuk untuk menjadi cinta itu indah..
  • jika tidak ada sifat tersebut sifat keegoan akan berleluasa di dalam diri seseorang tersebut..
  • dan sifat ego tersebutlah yang akan meruntuhkan perhubungan seseorang tersebut..
  • memang tidak dinafikan lagi..
  • yang paling penting dan yang terakhir untuk mencapai keindahan cinta kita perlu dekat diri kita dengan tuhan..
  • tidak kisah apa pun agama atau bangsa untuk mendapat keindahan cinta mesti mendapat restu dari tuhan dan dari kedua ibubapa kita..
untuk menutup entri saya, saya ingin berkongsi video yang mendalam maksudnya..saksikan..




SEKIAN TERIMA KASIH

PEACE YAWW..


0 comments

PINJAM MEMINJAM = HUTANG MENGHUTANG



wahh entri baru.. penjam meminjam=hutang menghutang?? pelik betul entri aku ni.. first thing aku nak mintak maaf kepada member aku yang ingin meminjam duit aku..loan tak masuk lagi hadoii duit parent memang susah sekali nak mintak..parent aku pun tengah susah. tadi aku ada lepak-ing dengan member aku..then member aku cerita la pinjam meminjam ni..ceritanya begini ada andai la ada orang ni pinjam dari aku kita pun bagi tapi duit pinjam yang kita bagi tu sebenarnya hendak tutup hutang dia yang lama..kadang-kadang dengar benda tu sakit hati pun ada..tapi benda ni tak boleh salahkan penghutang tu..mungkin dia tengah susah mana tahu nanti-nanti kita pulak yang susah si penghutang tu tolang kita balik..benda ni boleh terjadi..tapi bagi aku susah macam mana pun aku tak suka berhutang..boleh memeningkan kepala kalau berhutang ni..ada cara lain untuk mendapat duit..so sampai sini sahaja entri aku..berfikir sejenak =_=

SEKIAN TERIMA KASIH
PEACE YAWW

0 comments

MANCHESTER UNITED

logo lama manchester united football club

logo terbaru manchester united football club


Full Name: MANCHESTER UNITED FOOTBALL CLUB
Nickname(s): THE RED DEVILS
Founded: 1878, as newton heath LYR F.C.
Ground: OLD TRAFFORD (capacity 75,811)
Owner: GLAZER  FAMILY
Co-Chairmen: JOEL and AVRAM GLAZER
Manager: SIR ALEX FERGUSON
Website: http://www.manutd.com/Splash-Page.aspx


Sir Alexander Chapman Ferguson
 (sir alex ferguson)

sir alex ferguson berkhidmat bersama manchester united dari tahun 1986 sehingga kini. Dalam 22 tahun kerjayanya bersama Manchester United, Ferguson adalah pengurus kedua yang paling lama menguruskan United selepas Sir Matt Busby(1st manager), dan pada ketika ini, beliau merupakan pengurus yang paling lama menguruskan sebuah pasukan di antara semua pengurus dalam Liga Perdana Inggeris.Sepanjang tempoh itu, Ferguson telah memenangi banyak anugerah dan rekod, termasuk memenangi anugerah Pengurus Terbaik Tahunan terbanyak dalam sejarah bola sepak Inggeris.

Manchester United Squad 2011/12

players position



Glory Glory Manchester United !!!


Lagu untuk membakar semangat pemain Manchester United
Enjoys..

kesebelasan utama pemain Manchester United

pemain simpanan Manchester United



THAT ALL,
THANK YOU..


PEACE YAWW..

0 comments

TRUE LOVE


cinta sejati?? cinta sejati memang susah nak cari tapi bagi aku cinta sejati aku da jumpa :) aku tahu banyak kali si dia menyuruh aku mencari yang lain tp aku yakin si dia sayang aku sangat2..memang aku tak kan lepaskan dia la..cinta sejati ni aku akan pegang kata-kata hikmah ni "two shall be as one, always protects, always trusts, and always love each other" walau macam mana sekali pun aku tetap melindungi si dia memberi kepercayaan si dia dan mencintai si dia. aku dan si dia ni cinta senyap2 kenapa macam tu kami buat bagi aku kalau nak di heboh-heboh kan boleh saja tapi bagi aku kalau diheboh2 kan ada saja la orang yang mempunyai hasad dengki nak jatuhkan rumah tangga orang biasa la sifat dengki manusia tak pernah yang tak ada. aku sentiasa ingat ketika si dia lap kan mulut aku menggunakan tisu. waaduhhh parah ni memang aku tak boleh lupa kan la. tuhan saja yang tahu. nak dekat 4 bulan we still in love together . amin.. aku akan pertahankan walau apapun dugaan yang menimpa aku dan si dia. sekarang ni si dia tengah tidur mesti sweet n cute. aku boleh bayangkan si dia tidur macam mana. tapi ada satu hari ni si dia salah faham dengan aku dengan update status aku di facebook. aku betul2 mintak maaf bukan aku bermaksud status aku tu dengan si dia. yang sebenarnya status aku tu mengenai kawan aku yang girlfriend dia memandang paras rupa . aku pun tak tahu la perempuan sekarang tapi bagi aku si dia tak macam tu. si dia ada personaliti tersendiri. insyalah aku nak memperisterikan si dia. tunggu aku cukup syarat baru la aku boleh meminangi si dia. waalahh!! si dia tunggu yaa.. aku mengharap sangat-sangat segala impian aku ni menjadi kenyataan. lagi satu minggu ni aku da nak balik universiti KUALA LUMPUR. ececeh kuala lumpur besar la pulak. bukan apa bila aku da balik sana nanti jarang-jarang aku nak pergi tengok2kan rumah si dia (pakgat part time) haha. aku sentiasa ikut kata-kata hikmah tu always protects tu tak bermaksud protect si dia saja family si dia pun aku kena protect jugak termasuk family aku jugak. memang mendalam maksud kata-kata hikmah aku tu. siapa pegang kata-kata hikmah tu insyalah mereka jugak dapat true love yang mereka cari. tak menafikan lagi walau pun kami ni baru saja kan tapi aku bahagia walaupun si dia jauh dari aku tapi si dia tetap di hati aku :') bak kat tv9 "jauh dimata, dekat dihati" that all my update 4 tonight. tonight?? tapi sekarang ni aku rasa da awal pagi..haha apa-apa je la :)


SEKIAN TERIMA KASIH
PEACE YAWW :D